♥ rasa2 korng ade xmcm nie? ♥
♥♥ CINTA ♥♥
♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas,
hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas,
masa dating sebelah tandas,
berpeluk-peluk dalam bas,
asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...
♥ bila ada konflik , haa mula la nak frust,
nak tunai solat pun malas,
tak dapat tumpu study dalam kelas,
waktu result nak keluar tahu pulak cemas,
takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas,
kesian.. melepas !
♥ so, jadilah couple yang ada class,
berdating ikut lunas, bergaul ada batas,
jaga maruah dengan tegas,
syariah dijaga dengan jelas,
tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas,
janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.
♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar,
makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang,
ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga.
cinta mampu membahagiakanmu,
tetapi sering pula ia menyakiti.
cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta
kepada seseorang yang layak menerimanya.
♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU'
bila kau tidak benar-benar peduli.
jangan bicarakan soal cinta bila itu
tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup
seseorang bila kau hanya berniat
untuk mempermainkannya.
jangan menatap ke dalam mata seseorang
bila kau lakukan untuk pembohongan.
hal paling kejam yang dilakukan ialah
membuat seseorang jatuh cinta,
sedangkan kau tak berniat langsung untuk
MENERIMANYA saat ia terjatuh.
♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka
sedalam kau membiarkannya.
persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu,
tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.
♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,
bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh,
JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus.
biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami.
bersedialah untuk terluka dan menderita,
tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.
♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,
cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang.
tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan
hubungan denganmu. namun, cinta paling
menyakitkan apabila orang yang kau
cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.
♥ kepada yang masih bertahan
MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah
apabila kau bertemu seseorang,
lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia
bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan
masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak.
kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak.
biarkan dia pergi, dan lupakan.
: ♥ miss cinta story ♥ :